Saturday, April 16, 2011

Koleksi Aris Ariwatan

Kini Aris Ariwatan kembali dengan single terbaru iaitu "Maafkan Pencinta" . Lagu ini merupakan ciptaan Syed (Nitrus) & lirik oleh Zarul (Zarul & The Protes). Asalnya lagu ini yang sepatutnya dirakamkan oleh Allahyarham Shamrin dua hari sebelum beliau kembali ke rahmatullah. Namun, atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan rakaman lagu tersebut tidak dapat dijalankan dan terus tertangguh setelah pemergian beliau. Ketika ditemui pada majlis pengkebumian Allahyarham Shamrin, Aris telah menyatakan hasratnya untuk merakamkan lagu “Maafkan Pencinta” bagi mengenang pemergian Shamrin yang juga merupakan rakan baiknya. Lagu “Maafkan Pencinta” telah disusun semula muziknya bagi disesuaikan dengan vokal Aris. Proses rakaman telah dilakukan di Studio NAR, Taman Tun Dr. Ismail. Jom Download

No comments:

AUROROA DOWNLOAD MP3 WEBLOG SOKONG 100% MUZIK INDIE BUATAN MALAYSIA